Eh ada apa ni???Mai tengok...

Thursday, 25 August 2011

Annoying Things

Assalamualaikum...

Wah...tak rasa minggu depan dah nak raya...Ahad ni aku balik la ke pangkuan keluarga terchenta...hehehe erm perkara yang menjengkelkan? Pernah tak terjadi kat kau? Aku selalu..sebab apa selalu jadi kat aku? Sebab aku baik (perasantan) >_____< Banyaknya perkara-perkara yang menjengkelkan aku.Contohnya:

i) Ok kau tengah buat kerja, tak kisahlah kerja apa pun. Buat kerja rumah, siapkan asignment, tanda buku student, korek hidung, tengah mesej ahhhh pendek cerita time tu kau tengah sibuk dengan benda yang lagi penting. Tiba-tiba kawan kau datang dan berborak sakan dengan kau. Walaupun dia dah nampak kau tengah buat kerja dia sibuk juga nak bercerita. Kalau penting tak pa juga, ni cerita pasal dia keluar jalanlah, makan apa, beli apa. Oh common, tak nampak eh orang tengah sibuk. Urggghhh so annoying.

ii) Bila kau sudah bersihkan rumah, indah saujana mata memandang, tiba-tiba housemate kau sepahkan pula. Siap letak pinggan, sudu, garfu, cawan yang kotor tak berbasuh. Paling sadis bila bekas air minuman yang kawan kau beli tu diletak atas meja then dia biarkan berhari-hari tanpa membuangnya. Uwargghh rasa nak cekik ja orang pengotor macam ni. (well aku kan pembersih, haha). Bukan apa, at least kau punya kerja kau bersihkan la..ok?

iii)Lagi satu....paling tak suka bila orang guna barang tanpa pengetahuan tuannya. Sangat geram. 

Ermm sungguh aku tak suka tiga situasi itu. Banyak lagi sebenarnya tapi kalau nak listkan 7 hari 7 malam memang tak akan habis. hehehe Macam yang aku cakap sebelum ni, we're not perfect but we must try to be perfect. Kata orang kalau kita berusaha untuk perfect insyaAllah pasti berjaya. Tu kata orang, kata aku pula janganlah nak sangat mengejar perfect sampai tanggungjawab kau lupa. Erk betul ka? -____-

Wasalam

No comments: