Eh ada apa ni???Mai tengok...

Sunday 14 August 2011

Jadi cikgu kerja senang


Assalamualaikum...

Apa khabar, kamu??Alhamdulillah lagi beberapa jam maka penuhlah puasa kita untuk yang ke 14. Moga dikuatkan semangat dan iman untuk beberapa jam lagi. Amin >__<

Ok, back to topic..korang pernah tak dulu waktu kecil-kecil main cikgu-cikgu? Haaa...itulah permainan yang selalu aku buat dengan adik-adik. Tapi aku bila main tak nak jadi murid, aku nak jadi cikgu ja..hahahaha Sangat bess terutamanya part tanda buku murid. Siap bagi lima bintang lagi. Tak pun bagi A++++ Kelakar ja bila ingat balik. Tapi time sekolah dulu aku tak terfikir pun nak jadi cikgu bila besar nanti. Tahu tak apa cita-cita aku dulu??Aku sebenarnya nak jadi Astronout. Rasa cool gila bila aku standard 1 to standard 6 aku tulis cita-cita aku dalam buku rekod nak jadi AHLI ASTRONOMI. Hehehe sebab apa cool??sebab bila kawan aku tanya aku nak jadi apa..then aku cakap nak jadi ahli Astronomi, semua member aku tergamam sebab tak tahu ahli Astronomi tu apa. Wakakaka so aku nampak hebatlah kononnya. Hehehe Cita-cita aku ni diperteguhkan lagi bila aku membaca buku mengenai planet-planet.Wahhhhh so damn cool.hehehehe Time tu aku gi gebang pasal Neil Armstrong. Kononnya nak jadi macam dia.Jadi manusia pertama naik ke bulan.

Dulu nak jadi macam ni...

Tapi...bila aku dah masuk form 1 aku dah mula minat nak join dalam bidang perubatan. Tak kisahlah farmasi ka, lab ka yang penting bidang perubatan. So usaha sungguh-sungguh nak masuk kelas aliran Sains. Akhirnya berjaya juga masuk aliran Sains. Tapi, form 5 result tak ok sangat. So masuk form Six. Ok Time form 1 until form 5 cita-cita aku berubah-ubah. Tapi stick pada dua ja la to be a teacher and medical field. Dua-dua pun dapat. Lepas form 6 dapat tawaran under SPA. Teknologi Makmal Perubatan. Tapi tak tahu time tu aku nak sangat masuk UPSI. So that mean i will be become a teacher. And yes..a teacher. 


Bila memilih bidang ni semua orang cakap kerja sebagai cikgu senang. Student cuti cikgu pun cuti. Cuti hujung tahun la, cuti mid sem la. Yes sangat senang. Tapi, bila aku dah masuk bidang ni, apa yang orang cakap mengenai pekerjaan ini sama sekali tidak sama. Jadi cikgu u will do ur job for 24/7. Actually u dont have a holiday. Sangat banyak kerja yang perlu dilakukan. Cikgu bukan semata-mata jadi pendidik but u must settle down a lot of job beside your real profesion. Contohnya macam kena key in markah student, mark buku student, buat soalan, buat kertas kerja, then u kena attend cocuriculum, mana lagi nak ajar student. Cuba bayangkan dalam sekelas tu ada lebih kurang 40 orang pelajar,then u kena ajar lebih kurang 5 kelas....wah...cikgu ni satu pekerjaan yang sangat susah dan mencabar. Cikgu kena bentuk manusia, bukannya produk yang boleh dibuat mengikut acuan. Dengan karenah pelajar yang macam-macam. Masuk kelas kena terjerit sana terjerit sini. Ya Allah...Tapi i enjoy my job. Sangat suka bidang ini.   Itulah sebabnya wujud pepatah 'tak kenal maka tak cinta'. Hahaha

Ohh lagi satu, bidang perguruan sekarang ni kena menghadapi lagi satu cabaran iaitu berhadapan dengan parents. Part inilah yang cikgu kena jaga. Sekarang ni keluar peraturan baru 'no body contact with student'. Jangan paksa murid, jangan pukul pelajar even dorang buat salah sekalipun. So ini sangat-sangat mendera jiwa cikgu. Haha Yela sekarang ramai parent mengadu anak mereka kat sekolah dipaksa buat ni buat tu, kena denda and etc. So, cikgu-cikgu terpaksa pula menahan hati daripada menegur or mendenda pelajar sedangkan niat cikgu untuk mengubah peribadi peajar. Maybe parents pun sekarang insecure bila banyak sangat berita pelajar mati dibelasah lah, di dera kat sekolah lah, dilempang cikgulah. Tapi tak semua cikgu macam tu. Hermmm


Apapun, aku suka dengan cita-cita aku ni. Meskipun bila murid berjaya tak pula cakap cikgu kat sekolah pandai mengajar dan bila murid buat salah ramai pula yang menuding jari cakap cikgu tak reti mendidik, aku tetap ikhlas nak mendidik anak bangsa. Menyedarkan mereka. Sesungguhnya cikgu adalah pekerjaan yang mulia. Eh jangan terasa pula pekerjaan lain pun mulia juga. LOL *__*.

Moga-moga aku jadi cikgu yang ikhlas mendidik anak bangsa. Aku tulis entry ni pun nak memperbetulkan dimensi pemahaman sesetengah pihak yang mengatakan cikgu itu pekerjaan yang mudah. Apapun peace no war hehehe Oklah,nak masak tuk berbuka.

Wasalam.

No comments: