Eh ada apa ni???Mai tengok...

Sunday, 7 August 2011

Petai atau Kacang Pea

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah hari ke 7 berpuasa.Harap-harap sampailah puasa aku hari ni. Korang makan petai tak? Aku tak suka petai. Tak tahulah kenapa tapi yang penting aku tak suka bau dia. Ok apa kaitan dengan kacang pea pula? Hahaha peristiwa ni berlaku first ramadhan hari tu. Semat dalam ingatan baik-baik. Peristiwa ni berlaku pada 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan.

Lepas balik dari sekolah aku dengan member terus g bazar. Buat apa??Beli makanan la kan..takkan nak meniaga pula hehehe. Semangat gila aku padahal tak puasa pun. Kat sekolah siap cakap petang ni nak makan apa. Adeh mengalahkan orang yang berpuasa pula. Balik cerita petai tadi. So kami pun jalanlah tawaf satu bazar tu.Tiba-tiba aku nampak petai tergantung. Biasakan orang jual petai tu digantung elok je segugus-segugus.Tapi kenapa tak tau pikiran aku time tu merasakan bahawa itu adalah kacang pea. Muahahahaha jakun gila kot. Dua kali lalu gerai petai tu aku pun dengan selamba badaknya cakap kat kawan aku..'Tu kacang pea kan? kawan aku terpingga-pingga dan berkata 'apa umie? Kacang pea?? Tu petai laaaa...' Adooiii malu seyh..Petai dan kacang pea pun tak tahu beza. Kasihan -_-.


Akulah cik petai..jangan salah lagi tau..jangan panggil aku kacang pea lagi...majuk i nanti...

Ni pula kacang pea...

Haa macam mana aku tak silap bentuk dan rupa kan hampir sama..Ek eleh..nak cover la tu tak tahu beza antara petai dan kacang pea. Umur dah boleh panggil kertu pun tak tahu beza lagi. Muhahahaha ampun cik petai...jangan salahkan aku salahkan kacang pea...tak pasal-pasal kacang pea yang salah.

p/s: so mak-mak, ayah-ayah, kakak-kakak, abang-abang tolong perkenalkan kepada adik-adik korang petai okeh...baru tak jadi macam i....*_______*

No comments: