Eh ada apa ni???Mai tengok...

Friday, 23 September 2011

Makcik

Assalamualaikum..

Hampir sebulan rasanya tak update story dalam e-diari ni..Al malklumlah dah balik kampung halaman sendiri so tiada apa yang lebih mengembirakan melainkan di rumah sendiri. Hehehe Bestlah di rumah rasa nak tidur ja..bangun makan tidur ja kerja..hehehe Tapi adalah juga kemas2 rumah.Cuci pinggan mangkuk tu dah perkara biasa la der..huhu

Ohhh semalam pegi ambil adik balik sekolah. So aku naiklah bas.Time dekat nak sampai sekolah adik, aku tekanlah bell nak turun. Lepas tu konduktor bas tu cakap "Makcik mau turun sini ka atau depan lagi??" Aku pun terkedu. Hanya mampu mengangguk. Dahlah sebelah aku lelaki. Tersenyum-senyum dia. Siap pandang muka ku lagi.Hadoiiii macam cilaka. Maybe konduktor tu buta. What the fish...Aku pun berfikir tua sangat ka aku sampai dapat status makcik?? Ni yang mau beli colegen banyak2 ni... Kasi maintain tu kulit. Wakakaka

P/S: Colegen apa yg best eh?? Sentap -__-

Thursday, 25 August 2011

Annoying Things

Assalamualaikum...

Wah...tak rasa minggu depan dah nak raya...Ahad ni aku balik la ke pangkuan keluarga terchenta...hehehe erm perkara yang menjengkelkan? Pernah tak terjadi kat kau? Aku selalu..sebab apa selalu jadi kat aku? Sebab aku baik (perasantan) >_____< Banyaknya perkara-perkara yang menjengkelkan aku.Contohnya:

i) Ok kau tengah buat kerja, tak kisahlah kerja apa pun. Buat kerja rumah, siapkan asignment, tanda buku student, korek hidung, tengah mesej ahhhh pendek cerita time tu kau tengah sibuk dengan benda yang lagi penting. Tiba-tiba kawan kau datang dan berborak sakan dengan kau. Walaupun dia dah nampak kau tengah buat kerja dia sibuk juga nak bercerita. Kalau penting tak pa juga, ni cerita pasal dia keluar jalanlah, makan apa, beli apa. Oh common, tak nampak eh orang tengah sibuk. Urggghhh so annoying.

ii) Bila kau sudah bersihkan rumah, indah saujana mata memandang, tiba-tiba housemate kau sepahkan pula. Siap letak pinggan, sudu, garfu, cawan yang kotor tak berbasuh. Paling sadis bila bekas air minuman yang kawan kau beli tu diletak atas meja then dia biarkan berhari-hari tanpa membuangnya. Uwargghh rasa nak cekik ja orang pengotor macam ni. (well aku kan pembersih, haha). Bukan apa, at least kau punya kerja kau bersihkan la..ok?

iii)Lagi satu....paling tak suka bila orang guna barang tanpa pengetahuan tuannya. Sangat geram. 

Ermm sungguh aku tak suka tiga situasi itu. Banyak lagi sebenarnya tapi kalau nak listkan 7 hari 7 malam memang tak akan habis. hehehe Macam yang aku cakap sebelum ni, we're not perfect but we must try to be perfect. Kata orang kalau kita berusaha untuk perfect insyaAllah pasti berjaya. Tu kata orang, kata aku pula janganlah nak sangat mengejar perfect sampai tanggungjawab kau lupa. Erk betul ka? -____-

Wasalam

Monday, 22 August 2011

Hati ke Diary

Asslamualaikum...

Lama tak update...Sometime nak juga update tapi banyak lagi perkara penting nak buat so aku dahulukan lah yang penting itu. Erm pernah tak kau rasa yang kau dah banyak sangat buat dosa lepas tu terus rasa menyesal.Yes regret. Aku selalu macam tu. Everyday aku akan count how many mistake i did...aku selalu meletakkan diri aku ni dalam kalangan orang yang banyak sangat buat dosa, buat salah. At last, aku akan rasa ya Allah, banyaknya salah aku. Sometime aku akan TERtinggal solat..yes im not perfect and i always failed to be perfect in perform my solat too. Bila dah jalan pergi mana-mana dengan member mesti tak ingat nak solat. And solat yang SELALU tinggal adalah solat SUBUH. 

Tapi itu dulu. Sekarang ni pun pernah juga tinggal tapi jarang sekali. Ok semua tahukan solat itu wajib. Jadi macam mana aku motivasikan diri untuk tidak tinggal solat senang ja. Sesungguhnya Allah melihat. Kalau aku tak solat ok orang lain tak nampak tapi Allah nampak. Dan perkara paling aku takut bila aku susah baru nak ingat Allah. Aku tak mau macam tu. Sebab tu bila tak solat aku rasa rugi sangat sebab aku tak dapat berdoa meminta dengan Allah agar Allah permudahkan semua urusanku. 

Apa yang aku nak cakap di sini, aku rasa bersalah bila aku tinggal solat. Berdosa sangat-sangat. Ya Allah tetapkan hatiku padaMu. Amin. Kau pun jangan tinggal solat ya. Memang no one is perfect but i hope semua kita akan perfect dalam menjalankan ibadah.

Wasalam

Monday, 15 August 2011

Rezeki bulan puasa

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..syukur sangat..rezeki bulan puasa ni bertambah-tambah. Syukur juga sebabnya puasa kali ni tak penat sangat.Tak terasa lapar padahal weekdays ja kena ngajar naik turun tangga, lepas tu jerit pula nak bagi penerangan dengan students.Tapi syukur sangat Allah mempermudahkan urusan ku.

Tadinya nak buat nasi ayam untuk berbuka.At last ada student jemput  datang ke rumah. Mak dia jemput sekali.Ya Allah tak sangka dapat juga berbuka dalam keadaan yang meriah.Yelah duduk jauh dengan family kan.So berbuka dengan family student tu terasa lah meriahnya.Alhamdulillah. Sebelum ni cikgu sekolah ajak pergi berbuka. Dua hari pula tu. Seronok..hahaha

Tadi tak amik gambar makanan pun.Rumah orang malulah nak snap-snap kan.Hehehe banyak la lauk.Sampai senak perut aku.Balik rumah pula siapkan masak nasi ayam yang tertangguh.Tak boleh simpan lama peti sejuk tak de.Hahaha Sekarang ni dalam mood kenyang. Alhamdulillah.

Wasalam

Sunday, 14 August 2011

Jadi cikgu kerja senang


Assalamualaikum...

Apa khabar, kamu??Alhamdulillah lagi beberapa jam maka penuhlah puasa kita untuk yang ke 14. Moga dikuatkan semangat dan iman untuk beberapa jam lagi. Amin >__<

Ok, back to topic..korang pernah tak dulu waktu kecil-kecil main cikgu-cikgu? Haaa...itulah permainan yang selalu aku buat dengan adik-adik. Tapi aku bila main tak nak jadi murid, aku nak jadi cikgu ja..hahahaha Sangat bess terutamanya part tanda buku murid. Siap bagi lima bintang lagi. Tak pun bagi A++++ Kelakar ja bila ingat balik. Tapi time sekolah dulu aku tak terfikir pun nak jadi cikgu bila besar nanti. Tahu tak apa cita-cita aku dulu??Aku sebenarnya nak jadi Astronout. Rasa cool gila bila aku standard 1 to standard 6 aku tulis cita-cita aku dalam buku rekod nak jadi AHLI ASTRONOMI. Hehehe sebab apa cool??sebab bila kawan aku tanya aku nak jadi apa..then aku cakap nak jadi ahli Astronomi, semua member aku tergamam sebab tak tahu ahli Astronomi tu apa. Wakakaka so aku nampak hebatlah kononnya. Hehehe Cita-cita aku ni diperteguhkan lagi bila aku membaca buku mengenai planet-planet.Wahhhhh so damn cool.hehehehe Time tu aku gi gebang pasal Neil Armstrong. Kononnya nak jadi macam dia.Jadi manusia pertama naik ke bulan.

Dulu nak jadi macam ni...

Tapi...bila aku dah masuk form 1 aku dah mula minat nak join dalam bidang perubatan. Tak kisahlah farmasi ka, lab ka yang penting bidang perubatan. So usaha sungguh-sungguh nak masuk kelas aliran Sains. Akhirnya berjaya juga masuk aliran Sains. Tapi, form 5 result tak ok sangat. So masuk form Six. Ok Time form 1 until form 5 cita-cita aku berubah-ubah. Tapi stick pada dua ja la to be a teacher and medical field. Dua-dua pun dapat. Lepas form 6 dapat tawaran under SPA. Teknologi Makmal Perubatan. Tapi tak tahu time tu aku nak sangat masuk UPSI. So that mean i will be become a teacher. And yes..a teacher. 


Bila memilih bidang ni semua orang cakap kerja sebagai cikgu senang. Student cuti cikgu pun cuti. Cuti hujung tahun la, cuti mid sem la. Yes sangat senang. Tapi, bila aku dah masuk bidang ni, apa yang orang cakap mengenai pekerjaan ini sama sekali tidak sama. Jadi cikgu u will do ur job for 24/7. Actually u dont have a holiday. Sangat banyak kerja yang perlu dilakukan. Cikgu bukan semata-mata jadi pendidik but u must settle down a lot of job beside your real profesion. Contohnya macam kena key in markah student, mark buku student, buat soalan, buat kertas kerja, then u kena attend cocuriculum, mana lagi nak ajar student. Cuba bayangkan dalam sekelas tu ada lebih kurang 40 orang pelajar,then u kena ajar lebih kurang 5 kelas....wah...cikgu ni satu pekerjaan yang sangat susah dan mencabar. Cikgu kena bentuk manusia, bukannya produk yang boleh dibuat mengikut acuan. Dengan karenah pelajar yang macam-macam. Masuk kelas kena terjerit sana terjerit sini. Ya Allah...Tapi i enjoy my job. Sangat suka bidang ini.   Itulah sebabnya wujud pepatah 'tak kenal maka tak cinta'. Hahaha

Ohh lagi satu, bidang perguruan sekarang ni kena menghadapi lagi satu cabaran iaitu berhadapan dengan parents. Part inilah yang cikgu kena jaga. Sekarang ni keluar peraturan baru 'no body contact with student'. Jangan paksa murid, jangan pukul pelajar even dorang buat salah sekalipun. So ini sangat-sangat mendera jiwa cikgu. Haha Yela sekarang ramai parent mengadu anak mereka kat sekolah dipaksa buat ni buat tu, kena denda and etc. So, cikgu-cikgu terpaksa pula menahan hati daripada menegur or mendenda pelajar sedangkan niat cikgu untuk mengubah peribadi peajar. Maybe parents pun sekarang insecure bila banyak sangat berita pelajar mati dibelasah lah, di dera kat sekolah lah, dilempang cikgulah. Tapi tak semua cikgu macam tu. Hermmm


Apapun, aku suka dengan cita-cita aku ni. Meskipun bila murid berjaya tak pula cakap cikgu kat sekolah pandai mengajar dan bila murid buat salah ramai pula yang menuding jari cakap cikgu tak reti mendidik, aku tetap ikhlas nak mendidik anak bangsa. Menyedarkan mereka. Sesungguhnya cikgu adalah pekerjaan yang mulia. Eh jangan terasa pula pekerjaan lain pun mulia juga. LOL *__*.

Moga-moga aku jadi cikgu yang ikhlas mendidik anak bangsa. Aku tulis entry ni pun nak memperbetulkan dimensi pemahaman sesetengah pihak yang mengatakan cikgu itu pekerjaan yang mudah. Apapun peace no war hehehe Oklah,nak masak tuk berbuka.

Wasalam.

Sunday, 7 August 2011

Petai atau Kacang Pea

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah hari ke 7 berpuasa.Harap-harap sampailah puasa aku hari ni. Korang makan petai tak? Aku tak suka petai. Tak tahulah kenapa tapi yang penting aku tak suka bau dia. Ok apa kaitan dengan kacang pea pula? Hahaha peristiwa ni berlaku first ramadhan hari tu. Semat dalam ingatan baik-baik. Peristiwa ni berlaku pada 1 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Ramadhan.

Lepas balik dari sekolah aku dengan member terus g bazar. Buat apa??Beli makanan la kan..takkan nak meniaga pula hehehe. Semangat gila aku padahal tak puasa pun. Kat sekolah siap cakap petang ni nak makan apa. Adeh mengalahkan orang yang berpuasa pula. Balik cerita petai tadi. So kami pun jalanlah tawaf satu bazar tu.Tiba-tiba aku nampak petai tergantung. Biasakan orang jual petai tu digantung elok je segugus-segugus.Tapi kenapa tak tau pikiran aku time tu merasakan bahawa itu adalah kacang pea. Muahahahaha jakun gila kot. Dua kali lalu gerai petai tu aku pun dengan selamba badaknya cakap kat kawan aku..'Tu kacang pea kan? kawan aku terpingga-pingga dan berkata 'apa umie? Kacang pea?? Tu petai laaaa...' Adooiii malu seyh..Petai dan kacang pea pun tak tahu beza. Kasihan -_-.


Akulah cik petai..jangan salah lagi tau..jangan panggil aku kacang pea lagi...majuk i nanti...

Ni pula kacang pea...

Haa macam mana aku tak silap bentuk dan rupa kan hampir sama..Ek eleh..nak cover la tu tak tahu beza antara petai dan kacang pea. Umur dah boleh panggil kertu pun tak tahu beza lagi. Muhahahaha ampun cik petai...jangan salahkan aku salahkan kacang pea...tak pasal-pasal kacang pea yang salah.

p/s: so mak-mak, ayah-ayah, kakak-kakak, abang-abang tolong perkenalkan kepada adik-adik korang petai okeh...baru tak jadi macam i....*_______*

Thursday, 4 August 2011

Kejap ada kejap tak ada

Assalamualaikum...

Peliknya...ni dah kali keberapa renovate pun tak tahulah..hahaha. Harap-harap this is endless..

Wasalam