Eh ada apa ni???Mai tengok...

Monday, 15 August 2011

Rezeki bulan puasa

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..syukur sangat..rezeki bulan puasa ni bertambah-tambah. Syukur juga sebabnya puasa kali ni tak penat sangat.Tak terasa lapar padahal weekdays ja kena ngajar naik turun tangga, lepas tu jerit pula nak bagi penerangan dengan students.Tapi syukur sangat Allah mempermudahkan urusan ku.

Tadinya nak buat nasi ayam untuk berbuka.At last ada student jemput  datang ke rumah. Mak dia jemput sekali.Ya Allah tak sangka dapat juga berbuka dalam keadaan yang meriah.Yelah duduk jauh dengan family kan.So berbuka dengan family student tu terasa lah meriahnya.Alhamdulillah. Sebelum ni cikgu sekolah ajak pergi berbuka. Dua hari pula tu. Seronok..hahaha

Tadi tak amik gambar makanan pun.Rumah orang malulah nak snap-snap kan.Hehehe banyak la lauk.Sampai senak perut aku.Balik rumah pula siapkan masak nasi ayam yang tertangguh.Tak boleh simpan lama peti sejuk tak de.Hahaha Sekarang ni dalam mood kenyang. Alhamdulillah.

Wasalam

No comments: